Isnin, 7 September 2015

Tips untuk perniagaan dropship

Makna Perniagaan Dropship


Untuk mereka yang tidak mengenal apakah itu 'BISNES DROPSHIP' disini aku ingin menerangkan mengenai perniagaan dropship ni.
        Bisnes dropship merupakan satu konsep perniagaan yang mudah dan menjadi pilihan ramai peniaga baru.Konsep yang memberikan peluang kepada peniaga baru bermula tanpa mengeluarkan modal telah membantu mengurangkan peratusan kerugian dalam perniagaan.
Pengisian Laporan Ketua Auditor Negara 2013 Siri di laman sesawang Universiti Teknologi Malaysia :
"Sebanyak 26 peratus daripada 70 kedai di Bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengalami kemerosotan Nilai jualan manakala 14 peratus Lagi bergulung tikar."
Statistik kerugian peniaga yang semakin meningkat telah menjadi faktor utama ramai peniaga takut untuk mengambil langkah pertama memiliki premis perniagaan sendiri.
Maka,konsep dropship ini akan membantu suri rumah,pelajar dan mereka yang ingin menambah pendapatan untuk memulakan perniagaan 0% kerugian.
         Konsep dropship ini mempunyai 5 elemen. Meh kita tengok apa elemen2 tu..

1)  Dalam perniagaan dropship adalah modal.
Perniagaan berkonsepkan dropship tidak memerlukan modal. Agen mampu memulakan perniagaan tanpa modal.Elemen utama ini telah membantu agen untuk memulakan perniagaan tanpa risiko rugi.

2)  Produk
Melalui perniagaan dropship, agen boleh memulakan perniagaan tanpa produk agen itu sendiri. Agen hanya perlu mempromosikan produk orang lain dan menjana keuntungan dengan meletakkan harga agen itu sendiri.

3) Pembekal.
Pembekal adalah pemilik asal produk atau pemborong yang memberikan harga agen dropship untuk agen mereka. Pembekal adalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan proses penghantaran kepada pelanggan agennya.

4) Harga jualan dan harga agen dropship.
Agen dropship perlu menaikkan harga jualan kepada pelanggan melebihi harga agen dropship daripada pembekal. Agen boleh menetapkan sendiri keuntungan anda bergantung kepada strategi anda menjual.

5) Pembeli.
Pembeli akan menerima bungkusan barangan agen melalaui Pos Laju.Pembeli hanya berurusan dengan korang sebagai agen dropship tanpa mengenali pembekal korang.Tambahan pula,segala maklumat di bungkusan adalah maklumat korang sebagai agen dropship.


Nak buat dropship ni pun mesti disekali kan dengan matlamat.. takde matlamat nanti jadi angan-angan mat jenin plak..hihi.. matlamat yang paling sinonim dengan perniagaan dropship ini adalah untuk menambah pendapatan RM1000,RM2000,RM3000,terpulang lah pada korang nak letak kan berapa pun, janji hujung bulan dapat capai hasil. Untuk menguatkan lagi matlamat perlu lah disertakan sekali dengan cara mengenalpasti kehendak dan keperluan. Jadi perlulah kita bertanya pada diri sendiri apa sebabnya nak buat dropship ni.

Soalkan pada diri kenapa? bagaimana? bila? siapa? berapa?

1. Kenapa?
"Saya memulakan bisnes dropship untuk menambah pendapatan dan membina jenama saya sendiri."

Alasan atau sebab memulakan perniagaan dropship menjadi persoalan pertama yang perlu dikenalpasti jawapannya.
Kenapa korang melakukannya?

Korang perlu tahu dan sedar sebab korang melakukan perniagaan korang. Korang juga perlu faham keinginan dan keperluan korang daripada perniagaan.

2. Bagaimana

"Saya akan memulakan rangka perancangan lengkap untuk menjana pendapatan selama 30 hari dengan bisnes dropship."

Korang perlu tahu bagaimana ingin memulakan langkah. Langkah pertama mestilah mencari pembekal yang betul2 dipercayai. Mengenalpasti pembekal ini adalah penting agar pembeli tidak merasa tertipu. Kemudian bila dah yakin bleh promote kan ke fb page,blog,website etc..

3. Bila?

"Saya akan memulakan proses membina perniagaan dropship saya 22/12/2013."

Masa bermula yang tepat sangat penting.Bilamana korang tahu masa yang sepatutnya korang melakukan tindakan tetapi ada halangan dalaman yang menganggu,Korang akan berjaya untuk mengatasinya.
Halangan dalaman adalah seperti malas,takut gagal dan birokrasi atau alasan.Ini adalah musuh utama yang akan menghalang langkah dan tindakan seseorang untuk bermula.
Jadi anda perlu menetapkan masa bermula dan jangka proses itu berjalan.

4. Siapa?

"Saya memerlukan supplier tudung yang cepat,murah dan ramah."

Perniagaan itu akan lebih mudah dijalankan sekiranya kita melakukannya bersama-sama.Dalam satu kumpulan atau rakan kerja.Jadi,sekiranya anda memerlukan pembantu atau rakan kongsi anda perlu bijak membuat pemilihan dan selesa untuk bekerja bersama.
Selain itu,anda juga perlu menggariskan ciri-ciri supplier yang anda inginkan untuk mendapat produk dan perkhidmatan yang terbaik.

5. Berapa?

"Saya ingin keuntungan dropship sebanyak RM10 setiap jualan."

Akhir sekali,dalam menetapkan matlamat,korang perlu tetapkan jumlah keuntungan yang di inginkan untuk setiap jualan.

Ini bertujuan untuk memberikan keuntungan dan kepuasan kepada korang.Selain itu,jumlah yang korang tetapkan akan memudahkan untuk semasa membuat pemilihan produk

Sekian sahaja tips-tips, semoga bermanfaat kepada semua yang ingin menjalankan perniagaan ini..
Kalau ada yang nak berkongsi silakan lah.. sharing is caring,hehe.. :D


#Belajar dropship dari Master dropship dalam 30 hari.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan